terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

rindu

awak
saya rindu


awak dengar ?
awak dengar ?
awak dengar ?
awakkkkkk !

awak dengar ta !

saya kata saya rindu !
faham ta !
rasa ta !

awak saya rindu :'(


*sambung slide gambar-gambar kita





tuhan ada , kau yang lupa

bilamana dunia tak mengizinkan kau untuk menikmati bahagia - jangan mati
bila dunia tak izinkan kau punya orang yang boleh digenggam erat pecaya - jangan mati
bila suara kau tak pernah di dengari walaupun dengan yang terdekat paling dekat denganmu - jangan mati

bila semuanya sentiasa tak adil bagimu
walau sedaya upaya
sedayanya kudrat kau goncangkan jiwamu lahirkan syukurmu
tolong jangan patah

bila semua hati berkehendak busuk padamu
jangan lemah
kekal teguh

bila semua seolah membuangmu
biar
tetap utuh

bila bilah berkilau seksi meraung raung meminta nadi
mengilai ngilai manja kegairahan darah
jangan pergi

bila nikotin terlalu seksi bermain main dimata dan bibir
jangan
jangan dekati

bila kelongsong sempit penuh kegelapan merayu rayu
meliuk liuk menggoda kau untuk terpelosok kedalamnya
jangan
jangan sesekali kau hampiri

bila semua yang ada berkehendak kau sendiri
rayu aku jangan mati
jangan bunuh jiwa itu
belai pelan-pelan
duakan jiwamu
rapatkan mereka
sahabatkan mereka


satukan dengan tuhannya
sesungguhnya tuhan sedang memanggilmu untuk menghampiri dan duduk denganNYA

kerana
mungkin kau sudah terlalu jauh berjalan tanpa henti
tuhanmu merinduimu
minta pulang ke dalam pelukan paling hakiki ---







untuk dirinya

katanya
kau jiwakan boneka
kau jiwakan robot
kau robotkan jiwa dan jiwakan boneka

dia tak duli
cintanya tahap paling tinggi
cuma jumudnya juga setara paras hampir sama tinggi
dia tak reti

kalaulah cinta boleh beli
dia beli banyak banyak
hanya untuk dia untuk kita
monolognya sendiri disuatu sudut dalam hati

yang dia mahu cuma cintanya bahagia
bahagiakan cintanya
hasilkan madu
paling enak paling manis paling sedap

biar kumbang kekal betah
tak jemu
terus menetap di kuntuman bunga


dia lupa tentang satu jiwa yang ada dalam jasadnya
butuh hidangan
untuk mekar

*pause


dan dia masih buntu segala hal untuk dirinya




dia jerit tunduk sujut mohon mahu teman

tak putus-putus dia rayu pada tuhan
dia mahu teman
dia mahu teman
dia mahu teman
dia butuh kawan

tuhan tolong pinjamkan satu
masih jugak tak dikenan tuhan

belum lagi dihantar tuhan
belum juga dikasi pinjam

dia pujuk hati bilang

"kita tak mati tanpa teman , kita boleh hidup sendiri , lagi pula kau tak sendiri kau ada aku kau ada dia"




tapi dia tetap butuh teman --



*mungkin tuhan hanya mahu dia berteman dengan si penyeret dia ke syurga kelak
tuhan cuma mahu dia jadi rusuk kiri jiwa itu


dengan itu dia boleh belajar hargai jadi rusuk kiri paling indah paling mahal --
moga tuhan kirimkan yang baik-baik .





cinta macam-macam . disetiapnya tak ada yang tak mungkin .

kata hamka :
 " cinta bukan mengajar kita lemah , tapi membangkitkan kekuatan . cinta bukan mengajar kita menghinakan diri , tetapi menghembuskan kegagahan . cinta bukan melemahkan semangat , tetapi membangkitkan semangat "

dimana betulnya ?
tanya diri sendiri . *diam


tapi aku yakin disetiap satu sakitnya yang pernah dirasa mana-mana jiwa , sebalik setiap satunya sebenarnya tersembunyi satu kekuatan . antara kau sedar dan tidak . rasa kecewa yang terlalu tinggi tekadang membuatkan kau terlalu dalam bermain dengan rasa hingga tidak langsung tersedarkan kekuatan yang kau miliki .








sepertinya pernah
maka dengan itu silalah buangkan yang kata sebelum
ambil yang sesudahnya
dan bangkit tanpa banyak bicara

bicara yang berbelit yang bertimbun
hanya kan menyumbang kusut yang menggunung .





hitam





Dibila baik tetap jahat
Dibila jahat kekal bangsat


baik buruknya tak ada erti
tetap sama

HITAM

Maka diteruskannya hidup sendiri
*sambil seret hati












kenapa ?

kau tak punya sebab untuk menangis

tapi kenapa kolah mutiara itu tumpah lagi ?







BACA PERCUMA ?

hachummm ! *kesat hidung

salam jumaat . hari ni hujan . hujan lepas jemaah jumaat bersujud pada tuhan . hujan rahmat .



jumaat yang dingin dek awan yang pecah ini aku nak kongsi satu laman dimana korang boleh donlod bacaan secara percuma .

pada mereka mereka yang nak menyumbang karya untuk dikingsi bersam bolehlah ke sana
mana-mana jiwa yang taknak keluar duit tapi nak baca suka baca bolehlah kesana
bersosial secara sehat kan ;)

ZINE SATU MALAM  <--

zine satu malam tu ape ?
ok la . kita cerita sikit la kan pasal zine satu malam ni . sikit jela nak lebih pegi laman diorang ok ;)

yang aku tau la kan
zine satu malam ni dimana tempatnye korang boleh sumbang puisi cerpen cerpen lukisan zine atau apa-apa saja yang sama waktu dengan nya
fokus diorang semua benda ni boleh didonlod secara percuma
yang menariknya lagi pasal zine ni karya-karya diorang tak silap aku diterbitkan dalam satu malam
macam yang sorang brader ni penah cakap kat aku
dia kata macam malam ni kluar tajuk esok pagi sebelum subuh dah kena hantar nak publish . ha pantas kan !


yang terbaru diorang ada buat zine untuk gaza
untuk info pasal tu sila rujuk laman mereka ;)
jom2 daripada online kosong-kosong bek singgah laman diorang
ada jugak faedahnya hilang bosan jugak kan . dah habis baca semua stok2 buku terbaru dalam almari baca pulak stok2 zine yang diorang ada . pecuma gitu --- ;) selamat membaca .

bangsat !

bangsat !
kalau boleh aku angkat kau banting ke atas kanvas putih
tikam kau tubi-tubi

prak ! prak ! prak !
carik-carik kan dada kau
biar darah kau menjadi bahan contengan di atas kanvas putih

bersepah
kiri kanan percikan tikaman

lalu jahitkan semula
dada kau yang rabak
dengan benang dari besi panas

terlalu lena kau tidur
dia atas baldu penyeksaan hati orang lain
penjahat apakah kau ?

disetiap wujudnya kau beri satu parut baru di dinding hati
pedih
mungkin hati tercipta dari batu
kaku
keras
tak berasa

atau selama kau kenal dunia kepala kau letak di dalam jamban

bangsat !
aku tejerat dengan sial kau
perlahan lahan kau tarik jiwa polos yang masih berhembus
masuk dalam kelongsong jahanam kau
puas ?

arh !
mungkinkah kau faham erti puas
sedang kau hanya manusia tanpa hati
yang menjaja kerosakkan sana sini

hiduplah kau dalam lubang kehidupan kau sendiri
mungkin kau boleh hidup sendiri
nikmati dunia yang kau cipta sendiri

kau jaja muka suci
berlari lari cari simpati
dapat

prikkkkk
tusukan tepat ke hati dia

sial
sampai bila aku harus digam disini

sampai bila aku harus jadi sebahagian dari permainan hidup kau
ntah sampai bila sabar ini masih denganku

satu , dua , tiga ,
masalah kau bagi

kau lenyap lagi - syurkur aku


dua tiga hari minggu
kau muncul

4 , 5 , 6,
kau suapkan aku dengan masalah kau punca utama

gairah aku ingin angkat kaki
sayang
365 hari lagi
baruboleh aku
tebarkan sayap
dan lenyap --


sumpah bila aku pergi
jangan mimpi untuk aku kembali --


kau bukan kawan
tapi spesis setan yang tersesat di komuniti manusia jiwa-jiwa bernurani
kau tak patut disini --







ZINE 100

ZINE 100 ?

zine seratus merupakan himpunan dari penulisan 100 penulis yang bertemakan "sigaret " di dalam sebuah buku . *jangan risau orang tak merokok pun boleh baca ;)



macam mana nak suruh abang posmen hantar sampai depan rumah ?

sebelum nak suroh abng posmen yang hensem-hensem tu hantarkan sampai depan korang , korang kene lah lakukan proses-proses ni dulu


PROSES PEMBELIAN ZINE 100 SECARA ATAS TALIAN :

1) PM MAKLUMAT PERIBADI SECARA LENGKAP KE MESSAGE BOX ZINE 100 :
- Nama penuh :
- Alamat lengkap :
- No. telefon :
- Email :

2) LAKUKAN PEMBAYARAN SEBANYAK RM10 (HARGA ZINE 100) + RM3 (KOS PENGHANTARAN) KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA :
Mohd Rayhan Bin Ahmad
No Akaun : 151258592097

3) SILA NYATAKAN BUKTI PEMINDAHAN WANG KE EMAIL oreenreenbow@yahoo.com. PEMBAYARAN TANPA BUKTI PEMINDAHAN WANG TIDAK AKAN DILAYAN.

4) ZINE AKAN DIPOS MENGGUNAKAN POS BIASA (KECUALI ATAS PERMINTAAN PEMBELI SENDIRI). SILA JANGKAKAN KETIBAAN KIRIMAN DALAM MASA 2 - 3 MINGGU DARI TARIKH PENGHANTARAN.

TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG INDUSTRI ZINE ANAK TEMPATAN! !

*PROSES DIATAS AKU COPY DARI LAMAN INFO ZINE ;)

*PANDANG ZINE YANG TERSUSUN DISEBELAH " BILALAH AKU NAK HABIS BACA NI" TAKPE TUNGGU TURN OK ! ;)


EH DENGARNYA ZINE NI LIMITED SO FAHAM-FAHAM LA KAN --





mana nak dapatkan buku ?

beberapa hari lepas dah belangsung event READERS AND WRITERS aka POP FEST di pustaka kuala lumpur *tak silap aku lah nama tempat tu . kikiki

and itulah kali petama aku besemangat gila pegi event buku semenjak aku mula terjerumus ke ruang minat ini
beberapa hari sebelum aku seluk poket .. humangaii bocor and it was like -____-'''

ingat dah tak jadi pegi dah berkat perangai paling senonoh aku suka selit duit merata yeahhh boleh pegi ! ;)
itu pun tumpang kawan

ikut perancangan pegi dengan partner aku satu-satunya tapi keadaan tiba-tiba tak mengizikan

*pause

sampai sana memang aku bolot la kan sampai rabak poket balik
satu sen pun aku tak tinggalkan *tamak kan ?

bukan tamak . aku nak . aku suka . keluar tak boleh selalu . ada peluang grab ! ko minat memancing ko sanggup beli jorang ratus-ratus ribu-ribu kan ?

*pause


                            ni je yang mampu di beli denga sejumlah wang yang ada masa tu .. hoho ..
                                            yang lain terpaksa disabarkan beli di tempat lain

eh korang pun berminat nak beli ke ?
ok2
takpe2
sini aku bagi tau cara mana korang boleh dapat selain dari pegi booth2 mereka .
diorang pun jual on9 tau !
ni yang setakat aku tau jela ye -- hohoho


untuk perempuan yang patah hati
kalian boleh dapatkan disini -> JARGON BOOKS
 antara buku-buku yang korang boleh cari disitu antarnya karya terbaru dari rashidah othman TOSKA
-PINGGIR MALAM YANG MATI oleh SHAFIQ HALIM DLL
-KELAHIRAN LAIN
 dan banyak lagi . jadi boleh la bekunjung ke laman mereka .

untuk ARSONIST JALAN LABROOY
tu merupakan buku pertama keluaran RABAK-LIT

dan cara-cara untuk memperolehinya

1. Masukkan RM 25 (harga ini termasuk kos pos RM 5) ke akaun berikut;
Nama : RABAK LIT
No Akaun : 558314418880 (MAYBANK)

2. Sila nyatakan judul buku, kuantiti, nama penuh, alamat, nombor telefon untuk dihubungi dan lampirkan bukti pembayaran ke rabaklit@gmail.com. (WAJIB!)

3. Dah settled semua, tunggu je la. Siket lagi sampai la tu.

done ! senang kan ;)


untuk ketakutan , langit vanilla, heroin, hero, mimi morticia dan macam-macam lagi
boleh dapatkan di sini -> LEJEN PRESS *komfem ramai tau pasal ni kan ...

lejen ada buku dari buku hitam press,sang freud press, sindiket soljah,dubook press, buku fixi dll

kat situ diorang ada buat pakej2 jugak tau .diskaun semua . tapi tak tau la sampai bila siapa cepat dia dapatla kan !

cepat jadikan naskah-naskah seksi itu milik peribadi anda !
membaca amalan mulia ! membaca tak semestinya kena baca buku ilmiah je kan . *bosan jugak asyik ilmiah je . bacalah selagi tidak melalaikan ;)


salam cinta untuk semua



LARI DARI SYURGA !

lari dari syurga merupakan buku yang keempat keluaran buku hitam press
 yang sebelum-sebelum ni ada

001: KITAB SANG CUPID oleh AZIZ HARUN *eh adek beradek brader fikri harun ke ? ntah aku pun tak tau .kahkahkah !
002:BUKAN DARI JIBRIL oleh FIKRI HARUN
003: TIKET KE NERAKA oleh FATIN NADHIRAH

dan yang terbaru

LARI DARI SYURGA !

pelancaran bukunya hari ni iaitu 22.11.2012
betempat di uitm shah alam *pongpangpongpang aku semangat nak pegi last2 tak jadi kahkahkah ! :'(
buku ni aku tak dapat lagi
so tade gambor sendiri jadi kenalah curi  maap ye --


amacam muke depan hot kan !
koleksi buku hitam press ni semuanya aku rasa title die best bagus menarik perhatian betul .
tak sabar aku nak jamah kandungannya

cara nak dapatkan mudah !


1. Masukkan RM 25 (harga ini termasuk kos pos RM5) ke akaun berikut:
Nama: Muhd Fikri Naim Bin Harun
No Akaun : 162106788447 (Maybank)
*Pastikan anda memasukkan jumlah yang tepat kerana baki tidak akan dikembalikan.
2. Lampirkan bukti pembayaran ke diatakgila@gmail.com.
3. Sila nyatakan judul buku, nama penuh, alamat dan no telefon untuk dihubungi.

*Penghantaran dibuat seminggu sekali.

atau pun korang boleh pegi terus ke blog buku hitam *ok tumblr bukan blog *tepuk dai sendiri .

aku tengah tunggu buku ni jatuh di atas tapak tangan je , korang bila lagi .serius mesti ada kelainan!






BUKAN DARI JIBRIL

sejak akhir-akhir ni aku makin terjerumus untuk membaca
aku tak tahu nak klasifikasikan bacaan aku sebagai ape ?

tapi yang pasti aku suka


paling aku tabik

ni dia
































tu BUKAN DARI JIBRIL oleh FIKRI HARUN

bila baca pang pang pang dia bagi
angguk2

ilham dari jamban
cara nak dapatkan senang je

boleh la ke laman belog buku hitam press

eh loading tenet lembab mcam siput

tape2 :

stepnye mcm ni


1. Masukkan RM 25 (harga ini termasuk kos pos RM5) ke akaun berikut:
Nama: Muhd Fikri Naim Bin Harun
No Akaun : 162106788447 (Maybank)
*Pastikan anda memasukkan jumlah yang tepat kerana baki tidak akan dikembalikan.
2. Lampirkan bukti pembayaran ke diatakgila@gmail.com.
3. Sila nyatakan judul buku, nama penuh, alamat dan no telefon untuk dihubungi.

*Penghantaran dibuat seminggu sekali.

ha ! senang kan --

ape lagi serbu sementara masih ada 
sekarang ni diorng dah lancar buku keempat dah pun !




mungkin aku

SI TIDAK PENGAMBIL KISAH YANG SETIA


*ya . mungkin aku

[ 91112 ]





pencuri dentitas

dulu cuba mengusungi dentitasku
lalu penat

diam --

takkan lama jadi pencuri
yang kekal satu
cuma jadi diri sendiri

easy
abadi lagi ;)

 [ 91112 ]






dia










dia
caranya
emosi ditulis
perasaan dipendam







 
pedih senyum
lalu ditertawakan


dan di akhirnya
menangis --


kembali bersendirian .
 
 
 
 

jalan RINGGIT

tengkujuh yang hadir
sikit tidak
memecahkan gelembung semangat para
pengerah tenaga demi rezeki

ribut badai
kadang kedengaran keluhan sayu sesetengah jiwa
bukan tak bersyukur
tapi penat
dengan harga dunia yang kian mencekik --

bising tak ada diam
bingit
tak ada sunyi
disni lorong dagang
dagang halal
bukan haram



pekik suara
memanggil-manggil
poket ringgit yang bekaki
untuk ditukar ganti dengan barang
barang yang ada
khidmat yang dilelong

tumbuhan dagang
tersenyum girang
basah
gairah menikmati setiap titis
air yang mengalir dicelah
tubuh bervariasi
semuanya kembali segar
setelah beberapa jam kontang
diratah mentari
terik tanpa simpati

tuan dagang
diam --

hanya mampu memerhati sambil membakar sebatang dunhill
dan berharap
hujan segera berhenti membasahi bumi
biar riuh kembali
seperti semula


dongak kelangit
kelabu
bauan hujan keras
deras menusuk segenap rongga jiwa


dan aku masih terperangkap disini
memerhati
kegiatan halal yang seakan terhenti
sebentar
seperti terhentinya kaki aku  dari menuju ke destinasi .

 





kawal

sekarang dia belajar kawal semua


tarik
tahan
lepas

nafas --

cukup !
dia tak mahu runsingkan hati dengan sesuatu yang remeh
meskipun nanti akan
datang sesuatu yang berat

masih
masih akan dia kawal situasi .


71112
8:24pm

terbang --











tak akan setiap hari sayap itu berdarah
celaka betul --

sesekali sayap itu akan terbang tanpa
rasa perih


terbang bebas di awan
masih di batasi kebolehan
masih dikawali kemampuan







 

like dan rindu

"LIKE IF U MISSING SOMEONE'

selalu jumpa kalau bukak fesbuk
kadang aku biar berlalu hanyut di aliran newfeed home


tapi kadang aku like laju-laju
aku tekan talu-talu


*pause


tapi masih tak hilang rindu

adakah dia sedang rasa apa yang aku rasa --


diam ..

klise

aku tak pasti
sama ada aku memang dah tak percaya pada kebetulan
mungkin kurang pecaya
atau aku sedang menghalang diri dari menerima kebetulan

terlalu banyak kebetulan yang tidak menyenangkan
buatkan aku benci

klise
dan kadang jadi klise ..

 

monolog

bersuara
takut --
pada siapa
serba tak kena

butuh
tapi
semuanya nanti pasti akan jadi sebaliknya

boleh beli robot yang ada otak tapi tade perasaan?
di mana ?

tiadakan --


jadi mari kita bermonolog dengan diri sendiri lagi --


 

terkawal

mungkin
hakikat dan kenyataan yang itu
masih belum boleh diterima
kesahihan atau percayanya
masih samar-samar
masih cuba
dan lari-lari
jauhi --

tapi aku boleh mengawalnya



complicated

pernah kau rasa patah hati dalam bahagia
hati complicated
sungguh --



maniskan ..

kalau la aku bisa ada disetiapnya

maniskan ? :')


hati-hati, rasa-rasa

shitt
ntah ape yang hati aku mahu
dah gembira
tapi senang sangat digoda
rasa sial mengacau hati

disetiap mahu rasa gembira
akan ada yang mencelah
terlalu rajin menyelit disetiap kegembiraan yang ada dan yang dicuba

mungkin aku memang ta layak dihadiah itu semua

tolongla hati
tolonglah
rayu aku jangan kau terlalu cengeng
sekadar tempias percikkan palat dunia itu perkara biasa !




selamat bejaya sayang !

sekarang kau sedang bertempur
kau mahu aku ada disisi
tapi sayang
 maaf
sayap aku belum mampu terbang tinggi

ingat kau tak sendiri
aku disini untuk kau
aku ada disuatu sudut yang sentiasa ada bersama kau
aku disitu
sentiasa disitu
selagi bukan kau yang buangkannya

masih disitu
setia --

i wish u the best luck sayang
maaf tak mampu renung kau baca itu ini
dengar kau hafal itu ini

buatkan kau secawan coklat panas
geletek kau bila mengantuk

aku tak didepan pancaindera
tapi once u close ur eye
u'll feel me
kan --


lihat langit masih yang sama
tak jauh
dekat sangat dekat sayang --

selamat bejaya !

 

senyum kembali

sayang sekarang aku senang
untuk kesedaran itu
kelantangan itu
debikkan tempoh hari
mungkin aku makin dewasa


disuatu masa aku terlalu lama bermimpi
belajar positifkan segala sesuatu


aku penat layan hati
harap kau tak benci aku simpan hati
bukan maksud aku buang
tapi aku simpan
bukan kata aku tak peduli
cuma diam

semua dah aku lakukan
kalau mungkin ada yang tercicir
maaf aku tak cukup mata
semua dah aku cuba
tapi tak menjadi


maaf tak ikut cara kau
tinggalkan kehendak kau
bukan tak mahu
tapi tanpa sedar itu tak bagus
buat semua makin celaru

cukup begini
andai nanti datang badai lagi
aku tak pasti tentang gelodak hati itu nanti
tapi aku janji
ta akan sama dengan yang kelmari atau semalam
lebih baik
aku cuba
selagi mampu


aku bakar satu persatu setiap sesuatu yang boleh calarkan hati
hatta dari kau mahupun aku

mungkin aku akan sedikit kelu bila sesuatu yang ta diundang itu datang
tapi aku janji sebentar
tak lama
jadi biar


janji dengan aku jangan bunuh cinta ini
biar hidup selamanya
sampai jasad dimamah bumi




COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .