terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

senyum kembali

sayang sekarang aku senang
untuk kesedaran itu
kelantangan itu
debikkan tempoh hari
mungkin aku makin dewasa


disuatu masa aku terlalu lama bermimpi
belajar positifkan segala sesuatu


aku penat layan hati
harap kau tak benci aku simpan hati
bukan maksud aku buang
tapi aku simpan
bukan kata aku tak peduli
cuma diam

semua dah aku lakukan
kalau mungkin ada yang tercicir
maaf aku tak cukup mata
semua dah aku cuba
tapi tak menjadi


maaf tak ikut cara kau
tinggalkan kehendak kau
bukan tak mahu
tapi tanpa sedar itu tak bagus
buat semua makin celaru

cukup begini
andai nanti datang badai lagi
aku tak pasti tentang gelodak hati itu nanti
tapi aku janji
ta akan sama dengan yang kelmari atau semalam
lebih baik
aku cuba
selagi mampu


aku bakar satu persatu setiap sesuatu yang boleh calarkan hati
hatta dari kau mahupun aku

mungkin aku akan sedikit kelu bila sesuatu yang ta diundang itu datang
tapi aku janji sebentar
tak lama
jadi biar


janji dengan aku jangan bunuh cinta ini
biar hidup selamanya
sampai jasad dimamah bumi




No comments:

COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .