terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

mister mantan yang dah terkubur

malam ini ntah purnama yang keberapa
setelah hari mati aku yang paling mati
yang paling ranap
yang paling sial --

malam ini ntah yang ke berapa ratus malam
malam yang aku paling sampah
malam aku diludah macam najis
haram jadah sikit pun takde sekilas belas dari sudut sanubari
untuk aku yang lemah

malam paling seksi
kau siat hati aku nipis-nipis

sudahlah cinta aku kau pijak
hati aku kau lanyak
maruah aku kau jaja
jiwa aku lagi kau dera
psycho --

kau rasa kau dah hebat
kau dah gagah
kau dah menang
sebenarnya kau looser
sebaliknya kau buat aku kuat
terima kasih
sebab kenalkan aku pada cinta lelaki bangsat macam kau !

aku tak mati
sekarang kau lihat
aku masih bernafas
keji kau sungguh keji

kau fikir kau boleh rampas semua yang ada pada aku
tak tuhan adil
dia ada
dia tak tidur --

malam ini untuk yang pertama setelah lamanya kau aku padamkan dari minda
muncul tiba tiba
tapi kini nama kau hadir dimalam hari bukan lagi bersama air mata
tapi bersama senyuman

karma
sila jilat semula saliva yang kau ludah ke langit
semua bertepek tepat kembali ke muka
tesedut ke mulut
kini aku tersenyum puas
puas

kau tak lagi bermain dalam fikiran
tak terkesan dalam jiwa
tapi luka yang kau ukir didinding hati dulu
masih terasa pedih
takkan hilang sampai bila
pedoman aku untuk hidup
buat aku lagi hati-hati
dalam memilih hati


tali yang dulu putus sambung putus sambung
dah reput dah hancur
takkan pernah ada lagi kata sambung
i'm sorry
hati aku sudah dimiliki
dipegang oleh jiwa yang tau harga hati

hey, kau hanyalah satu titik hitam masa silam
tumpang lalu , kesian kau
sila belajar dari kesilapan
mister mantan yang dah lama mati




No comments:

COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .