terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

KALAU LA KALAU

hey aku punya cerita
cerita ini mungkin biasa biasa
ta ada yang istimewa bagi mereka
tapi bagi aku cerita aku luar biasa
yang pasti kalian ta mungkin rasa

tekadang ingin saja rasanya aku jeritkan pada dunia
aku kongsikan pada mereka
cerita aku disini berbeza
biarkan mereka ternganga
dengar aku berbicara
ya cerita aku ada bezanya
kelam tapi berpelangi
indahnya berbeza
pahit tapi manis
tempang tapi sempurna
beruang tapi penuh

*diam dan menghela nafas panjang
tunduk

tapi sayang semuanya kalau la kalau

kalau la kalau
aku boleh pampangkan disetiap sudut penjuru dimensi dunia wajah dia
dan hari-hari nama dia aku tampal kan di muka belog
penuhkan dinding buku aku cerita pasal dia
cerita tentang dia bila mereka sibuk cerita tentang kekasih hati mereka
tatap dia disetiap hari
jadikan dia yang pertama menyambut aku di pagi hari
dan yang terakhir bersama aku sebelum roh keluar berjalan jalan di malam sepi

kalau la kalau
semuanya boleh lebih dari ini
akan aku buat satu dunia cemburu akan dirinya
aku mahu
sangat mahu
disetiap album ada aku dan dia
riadah aku dengan dia
disetiap video semuanya untuk dia
rakamkan setiap detik bersama dia
ssemua status tagkan nama dia
tayangkan setiap satunya video dia buat dengan cinta

kalau la kalau
cinta ini adil disetiap satunya
cinta ini adil pada semua
aku mahukan relationship itu hanya untuk aku dan dia

kalau la kalau
dia dapat fahamkan disetiap satunya rasa yang ada di kerajaan cinta
kalau la kalau aku boleh hebahkan cerita ini pada seluruh dunia
macam-macam akan ku ukirkan untuk dia
aku buat dia rasa
rasa yang sememangnya hanya dia yang aku cinta
dia pemilik tahta di kerajaan cinta
sampai bila-bila

semuanya kalau la kalau
dan cukupla kalau suatu hari dia teselisih aku dimana mana terpandang aku terjeling aku sekali dua
dia teringat
dia tahu bahawa akulah orang yang pernah sangat menyintai dan menyayangi dia
kini masih dan selamanya






No comments:

COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .