terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

disebalik seorang kotak hati

:::kotak hati:::
aku biasa..atau mungkin ada lainnya .. addiction aku pada kata masih baru .. selalu aku carik2 kan bahasa kala rasa sedang menerjang hati.. yang faham fahamlah ..yang ta faham tekadang tersalah faham ..maafkan aku ... ya tatabahasa aku memang lintang pukang ...
aku ingin bebas .. disini aku jumpa kebebasan yang dicari
tulisan aku bukan untuk menerkam sesiapa atau membunuh menikam jantung sesiapa
tulisan aku untuk bercerita untuk aku luah rasa yang kadang aku tak mampu zahirkan dengan bicara
aku dulu dan sekarang mungkin berbeza berubah sealir masa dan usia tetapi masih jiwa yang sama..yang lalu ta perlulah diceritakan .biarlah dilipat simpan dalam kocek kenangan dan butang atau zipkan ..diam-diam.. lihatlah yang sekarang dan yang kedepan.

sayang,menyayangi,disayangi 
aku suka ... sentiasa aku selitkan di hati kawan2 "life must with love without love life is nothing"
bayangkan saja jika hilang kasih sayang didunia .. bagaimana kita nanti??

aku
sombong ego belagak pada luaran ..*sengih* "don't judge a book by its cover" ayat standt klise ..tapi itu la faktanya.. ya aku fleksibel ..tekadang aku boleh jadi sangat sombong ..tekadang jugak aku boleh jadi sangt peramah sangat pendiam dan aku sangat kabut pada satu masa2 tetentu .. jahat aku . jahat aku . jahat aku tak akan makan kamu . *sengih

kawan
ha ini salah satu benda penting pelengkap kehidupan yang aku rasakan tanpanya hidup ini ta sempurna
kawan itu perlu .. kekasih pun kira kawan kitakan 
kawan aku definisikan sebagai seorang yang lain yang rapat dengan kita selain ahli keluarga yang sentiasa ada dengan kita dikala susah dan senang walaupun tekadang ta kelihatan ..kawan itu seperti bulan dan bintang .. malam ada siang hilang tapi yang pasti dia sentiasa ada disitu ditempat yang sama
seorang kawan tidak akan mendoakan keburukan kawan atau "backstbber" kan .. juga bukan gunting dalam lipatan ..bintang itu banyak tapi ta semua yang BERSINAR kan .. macam tu jugak kawan .. dan aku masih mencari yang sejati ..

kawan vs kekasih
tolonglah hindarkan ini dari benak fikiran . sungguh keduanya bukan satu pilihan .

memerhati adalah sebaik baik aktiviti dan lebih seronok dari segala aktiviti bagi aku ..gunakan anugerah yang dipinjamkan .. mata memandang telinga mendengar akal berfikir anggota bertindak ..
dengan melihat kita boleh mendapat berbagai bagai bermacam-macam cerita dan sesuatu yang baru ..
dengan memerhati aku dapat memahami tingkah manusia yang sesungguhnya sangat unik.. kita boleh belajar apa yang tidak ada dalam buku ...opppss jang sekadar melihat saja tapi berfikir yang baik kita ambil kita jadikan teladan bonus dalam kehidupan ..yang buruk kita jadikan sempadan pengajaran..persediaan untuk kita menempuh hari mendatang yang kita belum pasti apa?? dan bagaimana yang diukirkan tersurat dalam TAKDIR

si cengeng ya. itu aku. jujurnya aku punya banyak topeng yang boleh ditukar ganti mengikut keadaan.. aku perempuan tetap jiwanya perempuan..banyak mana pun besi yang memasak aku. tiba masanya aku tak mampu aku ranap tetapkan ranap tetap aku tersungkur .. suka berfikir atau mungkin berangan dan selalu OVER dalam berfkir yang sering memudratkan diri sendri .. bermain dengan fikiran sendiri berbicara dengan persoalan sendiri .

aku suka dengar ... tangan aku sentiasa terbuka ...sentiasa terima dan menanti satu lagi tangan ,menyentuhnya..siapa pun ..ta aku had kan golonganya .. bak kata kak fynn jamal *salah satu orang kekaguman aku "ini tangan saya,letakkan hatimu" kalau dunia sedang menguji kalian *mari ke sini,jeritkan dan luahkan,andai dunia ketawa dan memanggilmu gila,saya akan menjerit sekali bersama-sama"
(yang aku ("merah")bait kata kak fynn yang pinjam)

laman baru
ini bukan laman sulung...tapi mungkin yang terbaru .. tak semua aku bukakan pada umum..*tangan gatal na buat blog lagi satu padahal pemalas na update dan ta reti pun na beblging .. aku bukan pakar .
menulis untuk diri sendiri kepuasan untuk diri sendiri . yang terbaca jamah la . mungkin2 ada yang berguna *senyum

ini antara jiwa-jiwa besi yang aku kagum
FYNN JMAL aka PERI CENDERAWASIH,YUNA aka YUNALIS ZARAI,EDL aka EYRO DAYYEN LIMAU

dan bila itu muzik
ah pasti ironlady YUNA
tapi bila itu bicara
sudah tentu tentunya  FYNN JAMAL
jika itu pekataan atau darah
oh itu dia si retak yang seksi EDL

cinta untuk kalian <3

gitar antara lelaki seksi yang aku giurkan . mampu miliki tapi belum sampai untuk menguasainya . tergantung dan tenung bila nanti suatu masa pasti , pasti akan aku jamah juga jiwanya .
tak hanya kerana bunyinya tapi gitar punya satu rahsia indah disebaliknya yang mengindahkan jiwa aku .

aku tak tahu dimana mahu letakkan atau klasifikasikan seorang aku . terpulang kamu .
kasar mungkin lembut mungkin manja mungkin cengeng pasti .
keras-keras aku drama korea paling mudah undang tangisan berhimpun di mata menjalar ke pipi .
 
 

No comments:

COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .