terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

ta ada penghujung

kelmari hari paling kelabu
lesu
hujan tanpa henti
luar dalam hujan
kamar suram ku
melimpah
lemas


matahari terlalu perih untuk aku buka mata
aku pinjam mata panda
mata mula mengada
aku suroh tidur dia jaga
aku minta jaga
dia bilang lesu
tak bermaya


dah lama aku ta rasa dingin malam bila berjaga
kelmarin 2 .. 3..pagi mata masih terbuka

kecewa aku tak pasti
ntah ini yang paling tinggi
atau akan ada lagi
ntah bagaimana kemudiannya nanti ?
yang pasti aku ta mampu tahan hati
rasa dekat kau mahu pergi
rasa jahat aku selama kita berkongsi
teringat semua
bertubi tubi tembak kotak fikir aku yang mati


terkelu
aku ulang tayang dan ulang lagi dan lagi
aku kata salahkah?
betul ke salah?
tengiang segala bicara kita sama
masa bedua


aku kata jangan lupa diri
kau kata
sayang janji kau tau siapa aku siapa kau
aku pegang


sayang ini cinta aku paling setia
ini cinta aku benar cinta
mereka yang dulu
buat aku rela hati paksa diri untuk pergi
yang ini aku cuba tapi langkah aku batu
dipasak pada bumi
aku tak mampu mengatur langkah pergi


tapi bimbang rasa aku
aku penghalang
tak buat kau senang


rindu itu jahanam
aku rela telan semua
maaf saja apa adanya
kerna rindu
rindu tu babi
suka datang walaupun aku tengah dikotak separuh mati


sayang
aku mahu kembali macam dulu
macam kau mahu
macam kau kata kau mahu aku yang dulu
tapi kudrat rasa aku tak mampu
aku dah tak boleh percaya kau macam selalu


kalau kau cintakan aku
pasti kau tau
apa yang sakitkan aku
bukan ulang sakit ini selalu


mungkin bila kau terdengar
sayap ini bersuara
kata ini berterbangan
kau akan pantul pada aku semula
kan ?

aku tahu banyak aku kata
aku nak buat apa yang kau tak suka
aku buat depan depan dan aku ketawa
kau mungkin kata itu tak adil ini tak akan pernah adil
habis kata
aku dah tak mampu bicara
aku pun salah
pernah balas apa kau buat hati aku luka
aku balas buat kau masam mencuka
aku cuma ada kau untuk main-main
sumpah tak ada yang lain

yang tau baik buruk aku
yang terima aku dengan comotnya aku
yang tahu jujur riang ketawa aku
cuma kau
jujur segalanya hanya dengan kau
kau taman permainan aku
kau kamar tangis tawa aku
kau dunia aku


bila kau tak ada
aku cemburu
aku sepi
sunyi
sendu tak berlagu
dunia aku mati


tapi bila aku tau nyata kau heppy tanpa aku menemani
aku senyum sendiri
bahagia paling aku impi

mungkin memang tidak adil untuk kau terima tempias
dari mood aku yang basi
tapi apa daya hanya kau tempat satu satunya yang aku ada
aku cuma ada kau
dan keluarga yang ada seperti tiada


aku dah cuba ubah cara ambil berat aku pada kamu
tapi ta boleh
itu memang cara aku
bila aku terlalu sayang kamu
itu cara aku
cara aku yang merimaskan kamu

sayang
aku cuba terima lepas ni perlahan lahan takkan campur
hidup kau lagi

aku butakan mata
aku pekak kan telinga
bisukan rasa
aku cuba
kalau aku gagal lagi
kalau aku jatuh lagi
jangan maki aku ya?
tolong sambut aku kasi berdiri ingatkan aku pada janji .

sayang maaf datang aku bawa seribu duka
kalau kau minta pergi
untuk kau bahagia
aku cuba
tapi jangan herdik kalau aku tak mampu berlari untuk pergi
aku cuba mengesot sikit sikit
lama lama jauh la kan
aku janji aku tak kacau


sayang
aku ta tahu apa yang aku fikir
semuanya bercelaru
banyaknya hantu dalam fikirku buntu

 waktu ketawa aku menangis
waktu senyum aku masa


janji aku nak buli kau mungkin tak jadi
janji aku untuk jadi kak yong tapau kau tengok wayang pun mungkin tinggal mimpi


sayang moga lepas ni kau heppy
bila aku ada dan seperti tiada
semua untuk tengok kau heppy
aku taknak jadi penghalang lagi
aku tak mahu tahu lagi
tak mahu ganggu


*bersambung

No comments:

COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .