terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

nikotin

hati aku ranap lagi
terpanah dari mata ke minda turun ke hati

kali ini aku tak jatuh tersungkur
tapi bermula dengan kaku
terdiam
mati sejenak segala akal yang dikurniakan tuhan


aku heret perasaan aku ke bawah sudut bantal
dan berkebumi disitu
rasanya mahu aku tanamkan kepala


disaat itu gambaran nikotin
terapung apung diawangan
serasa mengidam kek coklat vanilla black&white coklat kegemaranku
macam yang aku beri kamu masa hari jadi pertama sekaligus perasmian officialnya cinta kita
maniskan ?
sambut berdua di pondok tepi tasik
malu malu
buat pertandingan yang ta masok akal
dah pastinya aku yang kalah masa tu

nikotin rasa dekat dengan jasad
seksinya menguirkan minda
tapi masih sedar aku tak jilat sesuatu yang tak mungkin aku rasa


mahu rasanya menjerit
sehabis suara
perlukan bahu
butuh telinga
siapa sudi
siapa faham
siapa tahu
sungguh
tapi ntah siapa yang boleh dipercaya
setiap kali aku percayakan mereka
mereka tunjukkan aku
kenapa aku tak boleh percayakan jiwa mereka

diakhirnya aku sendiri
malam dihiasi sayup2 esakkan gadis disudut kamar


kebebasan aku bagi
kau balas dengan tengiik najis ke muka aku
bukan aku mahu mengongkong kau
aku tau kau punya kehidupan
aku beri kau tak jaga

aku benci kebetulan
semuanya kerana situasi
kalaulah kau tau jaga diri
kalau kau sungguh-sungguh mahu ingat
yakin aku waspada
jadi takkan jadi

air mata aku yang selama ini beku akhirnya pecah
egoku gundah
cair seperti coklat cadbury yang terkena panas ditengah hari
meleleh --


aku cuba untuk
lari dari melenting
kau cabar emosi kau goncang embun yang dikelopak mata sedia bertakung lamanya


aku tak akan ungkapkan apa-apa
biarlah kau fikir mana baik untuk semua
aku dah tak mampu berfikir
disetiap kalinya
aku hanya lihat kejahilan aku semata

telingkahan kita yang sebelum sebelum
kau tahu
kau akui
merapatkan lagi jurang kasih kita
bahkan kalau ada orang yang stalker kita
mereka pun pasti bosan dengan cerita kita
dan dapat mengagak kesudahannya
takk akan lama
bunga-bunga cinta berterbangan semula


sekarang aku kental
akan aku jadi setiap air yang mengalir penuh makna disetiapnya
mengajar aku erti tabah dengan rasa


untuk meranapkan kau
menyimpang aku tak mahu
aku tak mahu menyulitkan lagi hidup kau
aku tak mahu kau menangis lagi
aku tak mahu tambahkan lagi senarai kekasih kekasih celaka dalam hidup kamu



aku dah cuba

sekarang aku dah tak mampu berfikir





No comments:

COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .