terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

takkan hidup tanpa dan mati jika tiada

entah sampai bila aku mahu begini
dah lama aku kaku
jadi hamba kepada jasad sendiri
terus menerus
hilang tahu yakin diri
merenung malam pekat
kadang kosong kadang ditemani juraian dipipi

tuhan
benarkan aku hidup semula
pulangakan pada aku
siapa aku
pinjamkan aku hala tuju
suluhkan aku lampu
kelam terlalu pekat


ruang hidup kini terlalu sempit berbanding dulu
sesak walaupun kosong
penuh dengan kuasa tekanan dari depan belakng atas bawah
sempit
kadang bosan


kadang cemburu pandang orang
bukan aku tak syukur
tapi kini makin sempit
yang aku punya satu satunya
bagi aku dunia baru
kini sepi
dia biar aku sendiri dalam dunia yang aku sendiri rela demi hati

untuk merasa secebis sayang duniawi
aku sanggup gadaikan
segala yang aku punya
demi rasa setitis cinta
aku tukarkan dengan apa yang ada
aku tau takkan hidup hanya dengan cinta
tapi aku juga mati tanpa cinta


No comments:

COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .