kau tau betapa ranapnya aku detik itu
yang aku butuh perhatian kau
tapi disetiap bicara aku kau tembakkan semua pada ku
disetiap kali
sesuatu yang sama
kau tak bosan
aku benci bila jauh aku benci kau kemana kemana
tau kau kenapa?
kerana disitu
aku akan kehilangan kau
kau tak nampak
kau tak rasa
kau bukan aku
yang rasa setiap dari perilaku kau
adalah aku
begitu juga kau
sejauh ini kisah kita
diakhir ini aku bagaikan jasad yang tak berhati tanpa rasa
keliru aku
akan setiap langkah
salah aku disetiap tutur
mana jalan yang boleh aku tuju
tunjukkan
boleh aku bertatih ke sana
aku tak tau sama ada untuk terus percaya
pada sesuatu yang namanya kebetulan
disemuanya kebetulan masa yang mencemburui segalanya kerana situasi
ntahlah sayang
aku hanya mampu iyakan anggukan
kau benci aku
itu mahumu aku tak berkuasa untuk mencantas
apa agaknya akhir cerita ini
yang aku pasti detik itu nanti sangat pedih
dan bagaimananya aku tak tahu
ta terdaya kudratku memanjat tembok mengintai masa depan
mungkinkah ini penghujungnya
aku ?
aku tak pasti kenapanya dengan aku
sepertinya aku kehilangan kuasa
takut untuk berbicara
sayang kalaulah kau tau rasa yang ada dalam sudut hati
aku tahu itu mustahil
seperti aku yang mustahil untuk membaca setiap satu abjad dihatimu
sepertinya semakin lama semakin hilang sayap indah cerita kita
aku tak tahu siapa yang berubah
sayang kenapa aku makin tak tahu tentang apa yang berlaku
kenapa aku makin buntu
kenapa aku makin keliru
kau terlalu mulia
tak pandai aku membedakan segalanya
maafkan aku andai diselama ini memang salah aku
memang dosa aku
memang kejumudan aku
dalam membezakan sesuatu
aku tak nampak cela kau
aku tahu mana betulnya aku
sayang
mungkinkah aku ini hanya jasad bernyawa tanpa akal dan rasa
mungkinkah cinta telah memperbodohkan aku dengan dunia .
sayang jika ini adalah pengakhirnya
jangan kau tanyakan aku apa-apa
lidah aku kelu
bicara ku bisu
sumbang dari aku yang kedengaran
pergilah dengan rela
tanpa tanya
aku tak akan mampu untuk melihat
pergilah dengan tipu muslihat
aku
telah aku telanjangkan segalanya
sejak perkenalan pertama kita
ntahlah sayang
aku dah tak mampu berfikir diluar kotak
aku dah tak mampu memaksa minda berfikir tentang cinta
yang aku nampak semuanya celaka dari aku
maaf.
aku dah tak mampu
untuk kesekian lamanya aku biarkan semuanya berlalu
sepertinya aku takut
takut untuk lihat kau
berubah pandang
hilang segala permasalahan dan tak akn pernah terselesaikan
kau terlalu indah buat mataku kabur
buat fikir ku mati .
maaf lagi
maafkan
andainya memang benar silap aku disetiapnya
ntah bila kan tiba masanya aku mampu tahu
rasa aku memang bodoh
aku tak tahu mula dan tamat
yang mampu
maaf jika itu aku
nilailah olehmu sendiri
Tweet
No comments:
Post a Comment