terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

persinggahan

fhuh .. fhuhh .. fhuhhh .. *ashhyem

banyaknye habuk di dalam ni . bekurun sudah rasanya ta bukak kotak ni . berhabuk sudah . macam-macam cerita yang berlaku sepanjang pemergian aku seketika.
tak sempat na dicatatkan atas kesibukan yang melampau .

oktober bulan kertas-kertas mendebarkan . alhamdulillah oktober hampir ke penghujungnya . ta sabar rasanya menantikan kedatangan disember yang diharapkan akan memberi sejuta rahmat hendaknya .

bosan sudah rasanya aku menghadap kertas-kertas tak bernyawa tapi berkuasa titik tolak penentu masa depan aku kelak .

di entry kali ni terlalu banyak yang ingin aku kongsikan .cerita remeh kanak-kanak dan lain-lainnya. tulisan peneman setia bagiku .tapi akan aku pisahkan disetiap satunya dilain selakan. air mata yang tak pernah memungkiri janji dari menemanku bila ku mahu . kesunyian kamar sepi hanya terdengar titisan titisan hujan dan ketak ketuk dari keyboard si kotak kesayangan yang satu satunya aku miliki. si kotak yang membuatkan kamar ini terasa besar dari saiznya . membolehkan aku menjengah dunia sekelip mata. indah ciptaan ini . syukur pada tuhan yang mengurniakan idea hebat kepada manusia yang melaksanakan tugas dari tuhan untuk mencipta rekaan ini .

manusia copy paste . haha kelakar bila dikenangkan gelagat manusia seorang ni . dulu dihinakan diludah tapi kini sama ada dia jilat atau disanjung . hampir dari setiap satu yang pernah aku bicarakan pada menjadi satu identiti baru untuknya . dikumpul semua ditukar hak menjadi dia .
kelakarnya hampir semua ikut turutan cerita yang pernah aku dendangkan dulu diwujudkannya semula. dari A sampai Z. jiwa aku jiwa kau . kenapa perlu kau cetak jiwa aku jadikannya milik kau . akankah kau selesa dengannya .mungkin selesa tak lama. percayalah . mula mula mungkin aku agak terkejut sedikit marah tapi kini tak lagi .sampai bila.takkan lama kau boleh jadi orang lain. bila habis yang dari aku kau tau .habis idea di kotak fikir mu maka terhentilah kerjaya mencari sesuatu yang dinamakan "ATTENTION" . Terlalu banyak manusia seperti ini kata orang tapi yang ini pertama aku temui .

KAWAN BOLEH JADI LAWAN.

*biarkan dia ta akan mati pun tak akan terjejas pun kita . tak terhakis pun . mencuri yang dah sedia ada mungkin boleh tapi untuk menjadi aku tidak akan pernah boleh .


bermula nya november nanti akan menjadi permulaan kepada kesibukkan melampau mungkin . almaklum tahun depan adalah tahun terakhir aku di sekolah menengah . jadi banyak yang perlu di persiapkan untuk bulan SPM itu nanti . mungkin akan agak berat bagi aku sebab jurusan yang aku ambil bukanlah jurusan yang kena dengan jiwa aku .biarlah untuk apa diungkin dan ke penghujung tahun pun . sesal pun dah basi . teruskan saja .

alhamdulillah setelah membaca buku perempuan baru aku BUKAN DARI JIBRIL disitu aku dapat sedikit kekuatan untuk atasi kecelaruan dalam jiwa aku yang tersangatlah mudah terperangkap didalam ruang tekanan . belajar untuk tahu . aku buat aku uasaha selebihnya tuhan punya kerja . abaikan mulut manusia . mereka tak tahu kita. kita dan tuhan tahu siapa kita . rezeki manusia berlainan lubangnya sama seperti kubur yang berlainan lahadnya . kan jadi berhentilah berfikir tentang orang dan lakukannya dengan kenikmatan .


*tuhan kau yang MAHA tahu disetiap sesuatu . aku serahkan segala pada mu disusuli dengan usaha ku yang semampu kudratku . moga kau berikan aku yang selayaknya untukku .lindungi aku dari segala celaka yang boleh membinasakanku ke lubang kejahanaman . aku berlindung denganmu ALLAH tuhan ku yang satu .




sebelum mengakhiri aku kepilkan satu kepingan moga bermanfaat menjadi peringatan padaku dan sesiapa yang terlihat akan kewujudannya

ALLAH tuhan yang tak pernah tidur . Dia mengetahu disetiap satunya dan yang paling sayangkan hamba-hambanya . TUHAN ITU ADA DAN PALING SETIA .



No comments:

COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .