terbang ke laman BEN ASHAARI

pelepah baru misutoresu rarorra

gemox kesayangan

kehadapan si gemox kesayangan
kau nampak tidak sayang aku begitu besar
sebalik ego dan kesialan yang ada pada aku


disetiap yang kau bisikkan 

aku ukirkan satu-satu dalam hari hidup aku
dalam warna pelangi yang kau sinarkan

yang baru atau lama

yang aku sedar rupanya satu penyiksaan untuk kamu
aku hanyutkan
aku selitkan di celah2 almari kayu biar ditelan anai-anai nakal
semut-semut yang giat mencelah disaat musim tengkujuh tiba


realiti itu menyakitkan

tapi tetap kena telan
biar pahit sepahit kopi
tapi wangi baunya ku suka
jadi tetap aku bancuh secukup rasa
sepekat mungkin biar kaw aromanya
biar menusuk dalam jiwa

terima kasih untuk debikkan

tepat ke khayalan aku
buat aku tersentak dan terjaga
tentang kenyataan yang aku lalaikan
obses aku membawa aku hanyut terbang ke awan 
terleka kan kau yang menahan beratnya dibawah


kehadapan gemox yang separuh dari jiwa

ntah yang keberapa kali
aku barukan lagi seorang aku

ntah yang keberapa kali lagi 

aku ta tau baru sempurna seorang aku
paling tidak pun paling elok

ntah keberapa kali aku tukar lagi


si gemox kesayangan

atas debikan kau yang bangun kan aku dari khayalan
aku segarkan mata
sedarkan jiwa 
tentang siapa kau siapa aku
tentang apa yang seharusnya berlaku
tentang keterlaluan aku yang jauh menyimpang jauh beribu batu

moga lagi

kau dapat terima aku lagi
ya sekali lagi aku yang baru

setiap yang berubah itu untuk kau gemox kesayangan .

moga tahu
harap terima
 
sila pimpin



1 comment:

COPYRIGHT@ semua yang tercatat di atas semuanya HAK MILIK MISUTORESU RARORRA .